Rancangan Pengajaran Harian




 



 Rancangan Pengajaran Harian  1
(PENDEKATAN MASTERI)
  


Mata pelajaran
:
Bahasa Malaysia
Kelas
:
Tahun 4 Angsana
Hari
:
Isnin
Tarikh
:
06 Oktober 2011
Masa
:
Jam 1030 hingga jam 1100 (30 minit)
Bilangan murid
:
20 orang
Tema
:
Cintailah Alam Kita
Tajuk
:
Jerebu dan Hujan Asid

Objektif pembelajaran
:
1.  Menerangkan maklumat yang tersurat dan tersira 
     tentang sesuatu kejadian dalam gambar.
2.  Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang 
     betul dan memahami isinya.

Hasil pembelajaran      
:
Pada akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat;



A   Menguasai isi kandungan

1.  Menjelaskan 2 maklumat yang tersurat dan tersirat 
          tentang sesuatu peristiwa.
2.  Membaca kuat teks prosa dengan sebuatan dan 
     intonasi yang betul dan lancar serta memahami 
 perkara yang dibaca.
3.  Menyenaraikan 1 punca, kesan dan tindakan  
 tentang sesuatu peristiwa dengan melengkapkan 
 pengurusan grafik.



B    Membina kemahiran saintifik, berfikir dan 
       strategi  berfikir

     1. Berbincang dalam kumpulan untuk mendapat 
         maksud penyataan mengikut konteks ayat.



C   Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

     1. Melibatkan diri sacara aktif dalam perbincangan 
         kumpulan, semangat berpasukan dan menghargai 
         masa.

Konsep/prinsip/hukum/teori:
Tatabahasa: Ayat penyata
Kosa kata:  Bahan pencemar
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
LCD, slaid petikan “Jerebu dan Hujan Asid”, gambar-gambar pencemaran alam dan lagu serta lembaran kerja.

Langkah berjaga-jaga:
Elakkan daripada melakukan aksi atau gerak geri yang memberbahayakan sewaktu pelaksanaan aktiviti pembelajaran murid

Pengetahuan sedia ada:
Murid telah mengetahui jenis-jenis pencemaran alam yang menjadi isu di kawasan setempat.

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(3 minit)
Bercerita tentang isu-isu masalah pencemaran alam
Guru menayangkan slaid-slaid gambar tentang pencemaran alam.


Guru mengaitkan aktiviti tadi dengan isi pelajaran hari ini

Murid menginterprestasikan slaid-slaid gambar menggunakan laras bahasa yang betul dan bertatasusila.
Strategi/
Teknik:
Pembelajaran kontekstual.
Menstruktur/ Menstruktur semula

(14 minit)
Petikan:-
 “Jerebu dan
  Hujan Asid”.








Bacaan mekanis













Bersoal jawab

Guru menayangkan slaid petikan  “Jerebu dan Hujan Asid”.


Guru meminta murid membaca petikan secara senyap.

Guru meminta semua murid membaca petikan tadi dengan memberi penekanan pada intonasi.

Guru membuat penilaian tahap bacaan murid dan memberi pengiktirafan dalam bentuk ganjaran.

Guru mengemukakan beberapa soalan berdasarkan petikan yang dibaca untuk menguji tahap pemahaman dan dijawab secara lisan murid.

Cadangan soalan:
1. Mengapakah jerebu
    boleh berlaku?
2. Apakah kesan  
    buruk hujan 
    asid?
3. Pada pendapat   
    kamu,
    bagaimanakah
    masalah jerebu 
    dan hujan asid 
    dapat   
    dielakkan? 

Murid memerhati slaid petikan yang ditayangkan.



 Murid membaca petikan secara senyap.


Semua murid membaca petikan secara nyaring.












 Murid menjawab soalan yang dikemukakan secara lisan.

Cadangan jawapan:
1. Pembakaran dan pelepasan asap ke udara yang menyebabkan    jerebu boleh berlaku.
2. Hujan asid boleh memudaratkan kesihatan, merosakkan harta benda dan memusnahkan tumbuh-tumbuhan..
3.
 i. Elakkan 
    pembakaran 
    sampah.
ii. Amalan berkongsi 
   kereta.
Sumber pengajaran: slaid PP


Strategi/
Teknik:
Aktiviti pembelajaran masteri
















Strategi:
Penyoalan keseluruhan kelas











Aplikasi Idea
(10 minit)
Tayangan slaid gambar situasi.




















Pengujian
Latihan
i. Bina 3 ayat mudah berdasarkan jawapan pengurusan grafik tadi.

Latihan Pengukuhan

Latihan Pemulihan

Guru membahagikan murid kepada murid kepada 3 kumpulan.

Guru menayangkan slaid gambar situasi. Setiap kumpulan membuat penyelesaian masalah bagi gambar situasi yang ditayangkan tadi.

i.   Punca kejadian
ii.  Kesan daripada 
     punca kejadian.
iii. Tindakan yang 
     perlu diambil.

Guru mengedarkan lembaran kerja.

Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan untuk mendapat jawapan.

Guru dan murid bersama-sama berbincang untuk memperoleh jawapan  yang betul.

Kumpulan yang Berjaya memberi jawapan yang betul diberi bintang yang akan ditampal pada carta pengiktirafan pasukan .

Setiap kumpulan berbincang untuk mendapatkan jawapan.

Setiap jawapan yang diperolehi tadi ditulis dalam kertas sebak yang mengandungi pengurusan grafik

Murid menyalin jawapan hasil perbincangan guru dan murid.








Murid membuat lembaran kerja yang diedarkanuntuk menguji tahap pemahaman murid.
BBM:
Slaid gambar situasi dan lembaran pengurusan grafik

Strategi:
Perbincangan secara berkumpulan












BBM:
Lembaran kerja

Sikap saintifik dan nilai murni:
Penglibatan aktif
Menghargai masa




Refleksi/
Penutup
(3 min)

Lagu “Hijau”

Rumusan



Guru menayangkan slaid untuk lirik lagu “Hijau”.





Murid menyanyikan lagu “Hijau”.

Murid membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal dengan bimbingan guru.


Strategi:
Perbincangan kumpulan

Sumber pengajaran: slaid



AKTIVITI PEMBELAJARAN
                                                                   Set Induksi                                                            
Gambar-gambar Pencemaran Alam


 
 


                                                            Menstruktur                                                                 
Petikan “Jerebu dan Hujan Asid”


Tajuk : “Jerebu dan Hujan Asid”

     Jerebu bukanlah sesuatu yang asing bagi kita.  Setiap kali dilanda jerebu, ruang angkasa kita yang terang dan bersih akan bertukar menjadi kelam.  Keaadaan ini berlaku kerana debu dan kekotoran yang terapung di udara menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi.  Keaadaan ini juga menyebabkan jarak penglihatan kita terbatas

     Pembakaran dan pelepasan asap ke udara merupakan punca berlakunya jerebu.  Selain itu, aktiviti pencemar ini akan mengalami perubahan kimia lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitric.  Asid-asid ini kemudian bergabung dengn wap air semasa pembentukan awan. 

     Apabila jatuh ke bumi, titisan air yang mengandungi kepekatan asig yang tinggi ini dikenali sebagai hujan asid.  Hujan asid membawa pelbagai kesan buruk kepada kita seperti memudaratkan kesihatan, merosakkan harta benda dan memusnahkan tumbuh-tumbuhan.

     Dengan itu, sesiapa yang melakukan pembakaran terbuka boleh didakwa di bawah Akta Kualiti alam Sekeliling 1974.  Masyarakat yang tidak bertanggungjawab jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melbihi RM500 000.00.  Mereka juga boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Aplikasi Idea
Pengurusan Grafik (Berdasarkan slaid situasi gambar yang ditunjukkan)


  
GEJALA JEREBU


Punca






Kesan






Tindakan




Penutup
Nyanyian - Lagu "Hijau"




1.0       REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO
 
 1.1       KEKUATAN

Bagi memudahkan saya membuat refleksi untuk pengajaran makro kali ini, saya telah meminta seorang rakan sekerja membuat pemantauan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.  Selesai sahaja melaksanakan pengajaran dan pembelajaran hari ini, saya meminta rakan memberi pandangan dank omen terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.  Hasil daripada perbincangan kami, terdapat beberapa kekuatan yang telah dikenal pasti sepanjang proses pengajaran makro dilaksanakan. 

Kekuatan yang amat ketara dalam pengajaran makro kali ini ialah dari aspek kelantangan suara.  Guru berupaya mengemukakan soalan dengan jelas dan respon murid juga agak menggalakkan. Soalan yang dikemukakan oleh guru dapat didengar dengan jelas dan ini memudahkan proses pengajaran diteruskan tanpa ada sisipan pengulangan langkah pengajaran.  Kelantangan suara ini menunjukkan ketegasan guru dalam menyampaikan isi pelajaran.  Murid memberi perhatian semaksimum dan ini memudahkan pencapaian objektif pembelajaran yang telah dirancangkan.  Murid-murid juga tidak bertindak mengganggu rakan lain sepanjang proses pengajaran makro ini.  Keadaan ini memperlihatkan sikap murid-murid yang hormat kepada guru sebagai seorang pendidik yang menyampaikan ilmu pengetahuan.

Selain itu, penggunaan kemudahan Teknologi Maklumat iaitu slide powerpoint oleh guru telah menarik perhatian murid di samping memudahkan murid melihat paparan gambar, petikan dan latihan penilaian dengan lebih jelas.  Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan cergas sekaligus menepis tanggapan streotaip yang menyatakan bahawa proses pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia adalah membosankankan kerana hanya bergantung kepada papan tulis dan kertas sebak semata-mata.  Murid kelihatannya melibatkan diri secara aktif di samping kewujudan suasana kelas yang kondusif melancarkan lagi proses pengajaran guru. 

Sehubungan itu, kawalan kelas guru juga baik dan tidak terdapat gangguan daripada murid ketika proses pengajaran makro dijalankan.  Tindakan guru yang membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan murid memudahkan guru mengawasi tindakan dan prilaku murid supaya dalam terkawal serta tidak menimbulkan suasana kelas yang bising.  Keadaan ini memudahkan guru menreuskan aktiviti pembelajaran yang telah dirancang dengan lancar dan selesa serta mengikut langkah dalam rancangan pengajaran harian yang telah dibuat.

Isi pelajaran dapat disampaikan oleh guru mengikut perancangan yang dibuat dalam rancangan pengajaran harian.  Guru dapat mempelbagai aktiviti pembelajaran untuk tujuan penyampaian isi pelajaran secara mudah, lancar dan tersusun mengikuti langkah pengajaran yang dibuat.  Sehubungan itu, tindakan guru membuat aktiviti perbincangan secara berkumpulan memperlihatkan guru menekankan pembelajaran berpusatkan murid.  Aktiviti berkumpulan ini menggalakkan kolaborasi di kalangan murid di samping meningkatkan pemikiran secara reflektif terhadap isi pelajaran yang boleh dikongsi bersama dengan rakan lain.
           
1.2       KELEMAHAN

Terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan yang telah dikenal pasti ketika menjalankan pengajaran makro ini.  Kelemahan yang amat jelas berlaku sepanjang pelaksanaan pengajaran makro ini ialah guru menghadapi masalah dalam pengurusan masa mengikut tempoh masa yang telah dibuat dalam rancangan pengajaran harian.  Berdasarkan kepada rakaman yang telah dibuat, guru telah menggunakan masa yang lebih bagi setiap langkah pengajaran bermula dengan set induksi ataupun kemahiran memulakan pengajaran.  Keadaan ini disebabkan oleh gangguan-gangguan lain walaupun masa keseluruhan pengajaran tidak terjejas. 

Saya juga menghadapi masalah penggunaan bahasa baku sepenuhnya akibat pengaruhi percakapan semenjak mengajar di sekolah jenis kebangsaan.  Tanpa tidak sedar saya ada menggunakan perkataan “saye, kenape, taka de “ dan ada beberapa perkataan yang saya rasa menunujukkan kelemahan yang ketara dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya.

Guru juga lebih banyak mengemukakan soalan walaupun murid memberi respon yang memberangsangkan.  Murid tidak menggunakan sepenuhnya kemahiran berfikir secara kritis dalam mengemukakan soalan kepada guru.  Keadaan ini disebabkan masih ramai murid malu bertanya menyebabkan guru terpaksa mengemukakan banyak soalan dengan tujuan murid terlibat dalam aktiviti pembelajaran terutamanya ketika melibatkan perbincangan secara kelas.  Perkara jelas berlaku ketika pelaksanaan aktiviti pembelajaran banyak melibatkan guru yang memberi pendapat dan ulasan.  Murid-murid hanya menjawab ketika ditanya dan tidak bertindak secara kendiri serta perlu dibimbing sepenuhnya sepanjang pengajaran makro ini.  Peranan guru sebagai fasilitator tidak dapat diterapkan sepenuhnya di samping tidak menggalakkan pemikiran secara reflektif di kalangan murid-murid. 

Akibat terlalu terikat dengan tempoh masa 30 minit, guru kelihatan tergopoh-gapah untuk menghabiskan setiap langkah pembelajaran.  Keadaan ini menyebabkan murid juga terpaksa bertindak pantas dengan setiap aktiviti pembelajaran guru.  Setiap ahli kumpulan murid juga tidak berpeluang untuk memberi idea atau pandangan dan hanya bergantung harap kepada jawapan rakan semata-mata.

            1.3       LANGKAH MENGATASI

Berdasarkan kepada kekuatan dan kelemahan yang telah dikenal pasti melalui pengajaran makro ini, guru perlu membuat penambaikan bagi meningkatkan tahap keberkesanan dan kualiti pengajaran pada masa akan datang.  Kelemahan yang melibatkan pengurusan masa, guru perlu mendisiplinkan diri mengikut masa yang telah dicadangkan dalam penulisan rancangan pengajaran harian.  Guru perlu memastikan setiap langkah dalam proses pengajaran mengikut masa yang ditetapkan supaya aktiviti pembelajaran yang berikutnya tidak terjejas.  Tindakan ini bertujuan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, berkesan dan bermakna. Bukan setakat itu sahaja, guru yang menepati masa akan memudahkan mereka menjalankan proses pengajaran yang bermula dengan set induksi sehinggalah penutup.

            Selain itu, guru perlu memantau perbincangan murid dari meja ke meja supaya merka tidak miskonsepsi terhadap isi pelajaran yang disampaikan.  Guru harus memberi peluang kepada murid untuk memikirkan jawapan bagi setiap aktiviti berkumpulan dengan tujuan menggalakkan pemikiran secara kritis di kalangan murid serta meningkatkan kolaborasi mereka.  Dengan itu, murid seharusya diberi masa berbincang dalam kumpulan di mana wakil setiap kumpulan perlu menulis dan membentangkan hasil perbincangan di samping murid lain memberi maklum balas terhadap pembentangan rakan mereka.  Tindakan ini bertujuan melatih murid secara berfikir secara kritis dan mampu memberi komen terhadap rakan dan bukannya mengharapkan sepenuhnya jawapan daripada guru.  Oleh itu, komen dan pandangan yang diberikan oleh rakan tadi boleh dijadikan sebagai hasil perbincangan secara kelas untuk mendapat keputusan muktamad yang boleh dikongsikan bersama.

Guru juga harus bertindak sebagai fasilitator iaitu menekankan pembelajaran berpusatkan murid.  Murid-murid harus diberi peluang memberi pandangan dan menerokai setiap soalan yang dikemukakan.  Guru hanya sebagai pemerhati dan mengawal aktiviti pembelajaran murid supaya tidak menyimpang dari isi pelajaran yang diajar. Saya juga perlu menekan penggunaan bahasa baku memandangkan mengajar Bahasa Malaysia kerana kesilapan guru mengakibatkan penerimaan ilmu murid juga keliru.

**************************************************************************************




  Rancangan Pengajaran Harian  2

PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA
DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN EMPAT 

(PENDEKATAN MASTERI)



Hari / Tarikh                   :Khamis / 05 Mei 2011
Masa:1030-1100 pagi (1 jam)
Unit:6
Tajuk:1. Pengangkutan Awam Di Malaysia
Kemahiran:Fokus Utama         :- 3.1 Aras 3 (ii)


Fokus Sampingan :- 8.1 Aras 1 (i)


PKJR                     :- 6.1.1, 9.1.1, 9.1.3, 9.1.4, 9.1.7



Objektif Pembelajaran:Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat;




1.   Menyebut 3 daripada 6 maklumat tentang 
      beberapa jenis pengangkutan awam di Malaysia.
2.   Menulis 2 daripada 4 kelebihan dan kelemahan 
      menggunakan pengangkutan awam.
3.   Menyatakan 2 daripada 3 cara menggunakan 
      pengangkutan awam secara berhemah.

Pengisian Kurikulum

- Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata nama am
                               Kosa kata – pengangkutan awam, monorel, komuter
- Ilmu               : Kemahiran Hidup
- Nilai               : bersyukur, bertolak ansur
- KBT                : KB – membanding beza
                          TKP- interpersonal

Media Pengajaran        : - 
Media 6.1 (Grafik tulang ikan:Jenis-jenis pengangkutan awam)
Media 6.2 (Kad imbasan gambar dan perkataan pengangkutan awam di Malaysia)

Buku Aktiviti :-  Aktiviti 11  
(Menyenaraikan peraturan dalam pengangkutan awam dan akibat jika tidak dipatuhi)
       
Aktiviti :
1.  Menginterpretasikan kad imbasan bagi gambar tentang pengangkutan awam di  
     Malaysia.
2.  Bersoal jawab dan perbincangan jenis-jenis pengangkutan awam di Malaysia.
    3.  Secara kumpulan murid membincangkan kelebihan dan kelemahan pengangkutan 
         awam serta mengenal pasti golongan yang perlu dibantu semasa menggunakan 
         pengangkutan awam serta cara membantu mereka.
4.  Latihan pengukuhan dalam aktiviti 11.
AKTIVITI PEMBELAJARAN
                                                               Set Induksi                                                                
Kad imbasan dan gambar jenis-jenis pengangkutan awam.




teksi






bas






van






monorel






keretapi






komuter


Menstruktur
 Bersoal jawab tentang jenis-jenis pengangkutan awam yang ada di Malaysia.

Aplikasi Idea
 Aktiviti berkumpulan untuk membincangkan kelebihan dan kelemahan pengangkutan awam serta cara yang betul menggunakannya.

Jenis Pengangkutan
Kelebihan
Kekuatan
Cara Menggunakan Pengangkutan Awam
Bas



Van



Teksi



monorel




                                                               Penutup                                                                     Rumusan dan latihan dalam buku aktiviti Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Tahun 4. Aktiviti 11 :Menyenaraikan peraturan dalam pengangkutan awam dan akibat jika tidak 
                   dipatuhi.
                                                
REFLEKSI 2.0
2.1       Kekuatan

Kekuatan yang saya dapati dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari ini ialah segala aktiviti pembelajaran murid dapat dijalankan seperti mana yang telah dirancang. Maknanya, objektif pembelajaran yang telah dirancangkan dalam rancangan pengajaran harian yang saya buat dapat dicapai sekurang-kurangnya 77.3 peratus iaitu 17 daripada 22 orang murid dapat menguasai kemahiran yang telah diajar dengan memuaskan. 

Selain itu, kelantangan suara saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran hari ini telah memudahkan murid mendengar dengan jelas dan membantu meningkatkan tahap pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh saya. Hal ini disebabkan oleh tidak timbulnya sebarang gangguan dalam penyampaian isi pelajaran pada hari ini terutamanya melibatkan gangguan rakan sekelas. 

         Pengaplikasian kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini juga dapat menarik perhatian murid dan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran yang telah saya rancang.  Tindakan saya menayangkan slaid-slaid gambar menggunakan program MS Powerpoint bagi jenis-jenis pengangkutan awam di Malaysia memudahkan pemahaman konsep murid lebih-lebih lagi saya mengajar di kawasan luar bandar yang mempunyai latar belakang murid yang berbeza. 

2.2       Kelemahan

Memang saya akui ada beberapa kelemahan dalam proses pengajaran pada hari ini. Pencapaian objektif pembelajaran kurang memberangsangkan.  Hal in kerana seramai 5 orang murid yang tidak dapat menguasai isi pelajaran akibat mereka sememangnya murid PROTIM iaitu bermasalah dalam kemahiran 2M (membaca dan menulis).  Walaupun saya sudah membezakan murid ini dengan latihan yang lebih mudah tetapi tahap penguasaan masih lemah.

Kelamahan yang kedua yang saya dapati dalam proses pengajaran dan pembelajaran hari ini ialah melibatkan pengurusan masa.  Walaupun segala aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan sepenuhnya tetapi tempaoh pelaksanaan bagi setiap aktiviti pembelajaran yang telah dirancang tidak mengikut perancangan yang telah dibuat.  Keadaan ini amat jelas berlaku dalam langkah menstruktur semula idea murid di mana saya memerlukan masa yang banyak untuk menerangkan jenis-jenis pengangkutan awam di Malaysia memandangkan ada beberapa orang murid yang saya ajar belum pernah melihat ataupun mendengar beberapa nama pengangkutan awam seperti keretapi, monorel dan komuter.  Keadaan ini berlaku disebabkan oleh ketiadaan kemudahan seperti itu di persekitaran mereka akibat latar belakang yang berbeza.

2.3       Cara Mengatasi

          Bagi menangani kelemahan yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya hari ini,  saya perlu memperbanyakkan serta mempelbagaikan bentuk latihan bagi memudahkan pemahaman murid terutamanya melibatkan murid yang bermasalah 2M (membaca dan menulis).  Sehubungan itu, saya juga perlu menggunakan bantuan rakan sebaya murid yang cerdas untuk membimbing rakan mereka yang kurang cerdas dalam proses memahami supaya tidak berlakunya miskonsepsi tentang isi pelajaran yang diajar.
             
        Saya juga perlu mendisiplinkan diri dengan mematuhi dan mengikuti setiap langkah dalam rancangan pengajaran harian yang telah dibuat bagi mengelakkan berlakunya maslah yang melibatkan pengurusan masa.  Di samping itu, saya juga perlu menggunakan slaid gambar-gambar 3 demensi bagi memudahkan pemahaman konsep tentang isi pelajaran murid yang sememangnya berasal dari pelbagai latar belakang yang bereza.

***************************************************************************
Rancangan Pengajaran Harian 3

PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA
DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM 
(PENDEKATAN MASTERI)


Hari/Tarikh                   :Khamis / 05 Mei 2011
Masa:Jam 0810 - 0840 pagi (30 minit)
Unit:1  Perjalanan yang Selamat
Tajuk:1. Langkah-langkah Keselamatan Pengguna Jalan Raya
Kemahiran:Fokus Utama         :- 5.1 Aras 3 (i)


Fokus Sampingan :- 4.1 Aras 1 (ii)


PKJR                     :-2.1.3, 7.4.2, 10.1



Objektif Pembelajaran:Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat; 

1.   Membaca 3 daripada 5 ayat dalam petikan teks
      dengan  sebutan dan intonasi yang betul.
2.   Menyebut 2 daripada 3 pandangan tentang bahaya
      yang  wujud akibat tidak mematuhi undang-undang dan
      peraturan keselamatan di jalan raya.
3.   Menyenaraikan 2 daripada 3 bahaya di jalan raya yang
      dihidapi oleh pejalan kaki dan penunggang basikal dan         langkah menanganinya.



                 Pengisian Kurikulum

                   - Sistem Bahasa          : Tatabahasa – imbuhan apitan

                                                            Kosa Kata - berjuntai, mencantas, menebang, bonggol 
                   - Ilmu                             : Kajian Tempatan, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan                                                      dan kewarganegaraan 
                   - Nilai                             : berwaspada, bertanggungjawab  
                   - KBT                             : KB – menganalisis

                                                           BCB – mencatat nota         
                   Media Pengajaran        : Video (Iklan Keselamatan Jalan Raya)   
                   Buku Aktiviti                 :   -  Lembaran kerja 
                   
                   Aktiviti          : 
                   1. Tayangan beberapa video (Iklan Keselamatan Jalan Raya) 
                   2. Bacaan mekanis (Petikan berita)
                   3. Mengecam dan menggariskan maklumat penting dalam petikan teks yang dibaca. 
                   4. Bersoal jawab dan perbincangan.
                   5. Membuat ulasan bagi nilai dan pengajaran yang berkaitan dengan petikan yang dibaca.
.
AKTIVITI PEMBELAJARAN
                                                               Set Induksi                                                                
 Tayangan beberapam video "Iklan Keselamatan Jalan Raya"







Menstruktur Idea
 Petikan " Kemalangan di Jalan Raya dan Langkah-langkah Menanganinya"


Petikan : “Kemalangan di Jalan Raya dan Langkah-langkah Menanganinya”

     Kemalangan jalan raya bukanlah satu perkara baru di negara kita, malahan sejak sekian lama kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini merupakan antara yang tertinggi di dunia.  Kemalangan tersebut telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa, terutamanya kemalangan yang melibatkan bas. Oleh itu, kerajaan telah melakukan langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini.

     Antara langkah yang patut dilakukan ialah undang-undang keselamatan jalan di jalan raya perlu diperketat supaya kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Syarat kelulusan bagi ujian kelas memandu juga haruslah dinaikkan. Selain itu, para pemandu diwajibkan menduduki peperiksaan setiap dua tahun untuk memahirkan mereka dengan kemahiran yang diajarkan di kelas memandu dahulu. Keadaan kenderaan seperti tidak berlampu dan sistem brek yang rosak merupakan salah satu penyumbang utama kemalangan di jalan raya. Oleh itu, para pemandu perlu sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan selamat sebelum digunakan, khususnya untuk perjalanan yang jauh. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan haruslah mewajibkan pemeriksaan kenderaan dilakukan setiap tahun dan mengenakan denda terhadap mereka yang mengingkarinya.

     Kemalangan jalan raya yang kerap berlaku sejak belakangan ini adalah berpunca daripada sikap pemandu yang suka memandu  melebihi had laju yang ditetapkan. Dalam hal ini, had laju yang sedia ada wajar dikurangkan, khususnya di kawasan lebuh raya, walaupun sesetengah pemandu sememangnya tidak bersetuju dengan cadangan ini, tetapi apabila suatu peraturan itu telah ditetapkan, mereka harus mematuhinya.

     Denda juga harus dikenakan terhadap pengguna yang memandu melebihi had yang ditetapkan. Jika seseorang pemandu itu didapati melakukan kesalahan yang sama lebih daripada dua kali, maka lesen memandu mereka perlu digantung. Tindakan ini sudah pasti akan dapat membuka mata pengguna-pengguna lain. Sikap tidak mengambil peduli akan keselamatan di jalan raya dalam kalangan pengguna selama ini pasti akan terhakis apabila amaran menggantung lesen memandu mereka dikeluarkan.

     Pengguna juga perlu disedarkan tentang tanggungjawab mereka ketika berada di jalan raya melalui kempen-kempen keselamatan jalan raya oleh pihak tertentu, bak kata pepatah, janganlah sudah terhantuk baru hendak tengadah kerana apabila sesuatu kecelakaan sudah berlaku, tiada guna menyesalinya lagi, kerana nasi sudah menjadi bubur.


Aplikasi Idea
 Aktiviti berkumpulan:-
1.   Bersoal jawab dan perbincangan berdasarkan petikan.
                2.   Mengecam dan menggariskan maklumat penting dalam petikan teks yang dibaca.
                3.   Menyenaraikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani kemalangan di jalan                                     raya. 
                     i. ...........................................................................................................................................
                        ...........................................................................................................................................
                    ii. ............................................................................................................................................                        ............................................................................................................................................ 
                    iii. ...........................................................................................................................................
                        ...........................................................................................................................................
                4.   Membuat ulasan bagi nilai dan pengajaran yang berkaitan dengan petikan yang dibaca. 
                      i. Menulis pandangan tentang nilai moral yang perlu ada pada setiap pengguna jalan raya.
                         a. ____________________________________________________________________
                         b. ____________________________________________________________________
                         c. ____________________________________________________________________

Penutup
i.  Rumusan
ii. Latihan susulan diedarkan.
(Tulis semula langkah-langkah menangani kemalangan di jalan raya dalam satu perenggan pendek)

REFLEKSI 3.0
3.1       Kekuatan

    Pada keseluruhannya, pencapaian objektif pada hari ini sekurang-kurangnya 81.8 peratus iaitu 18 daripada 22 orang murid dapat mencapai objektif yang telah dirancang melalui penyemakan latihan susulan yang diedarkan pada akhir pengajaran.  Kekuatan yang dapat saya kenal pasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran hari ini ialah hampir semua aktiviti pembelajaran yang dirancang dapat dilaksanakan.

      Penggunaan kemudahan projector LCD dengan menayangkan video iklan keselamatan di jalan raya menarik minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.  Dengan pengetahuan sedia ada murid melalui pendedahan menerusi televisyen tentang undang-undang dan peraturan di jalan raya memudahkan saya menyampaikan isi pelajaran pada hari ini.  Sehubungan itu, kawalan kelas hari ini terkawal dan tidak ada gangguan-gangguan daripada luar.  Keadaan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar.

3.2       Kelemahan

        Kelemahan yang paling ketara dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini ialah pada bahagian penutup.  Penggunaan masa yang berlebihan pada langkah menstruktur menyebabkan pada bahagian penutup lebih kepada guru yang merumuskan isi pelajaran hari ini.  Murid tidak berpeluang untuk menyalurkan idea dan pandangan berkenaan isi pelajaran yang disampaikan oleh saya. 
 
3.3       Cara Mengatasi

    Bagi mengatasi kelemahan ini daripada berulang, saya perlu lebih peka dengan peredaran masa sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.  Saya juga akan memperbaiki aktiviti pembelajaran supaya lebih menarik dan mengatur strategi pembelajaran yang lebih sistematik. 
 
     Selain itu, saya juga akan menggunakan khidmat bimbingan rakan sebaya murid terutamanya ketika menjalankan aktiviti pembelajaran.  tindakan ini bertujuan untuk memberi ruang kepada saya memberi penerangan tentang isi pelajaran dengan dengan lebih mudah dan lancar.
  
**********************************************************************




Rancangan Pengajaran Harian 4   
     (PENDEKATAN MASTERI)








Mata pelajaran            : Bahasa Malaysia
Kelas                           : Tahun 6
Tarikh                          : 28 April 2011
Masa                           : Jam 0840 hingga jam 0910 (60 minit)
Bilangan murid            : 22  orang
Tema                           : Kesusasteraan
Tajuk                           : Helah Si Monyet

Objektif pembelajaran :
                                     1. Menghuraikan idea yang menyakinkan dengan laras bahasa yang
         betul.
    2. Mengkategorikan pelbagai jenis ayat yang memberikan kesan.

Hasil pembelajaran       :  Pada akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat;

                                         A       Menguasai isi kandungan
      1. Menyenaraikan 3 idea yang bernas serta menyakinkan
          dengan laras  bahasa berdasarkan petikan cerita rakyat.
      2. Memilih 3 ayat yang memberikan kesan dalam teks prosa
          dengan mmenyatakan alasan yang munasabah.

                                         B      Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi  
                                                  berfikir
                                                1. Mengecam ayat-ayat yang memberikan kesan dalam   
                                                   petikan yang dibaca.

                                         C      Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
                                                 1. Melibatkan diri sacara aktif dalam perbincangan  
                                                     kumpulan, semangat berpasukan dan menghargai masa.

Konsep/prinsip/hukum/teori: Tatabahasa; Ayat penyata
       Kosa kata: Mengerang, mencungkil

Bahan, peralatan dan bahan sumber:
LCD, slaid petikan “Helah Si Monyet”, kad-kad cantuman gambar , kad-kad simulasi bagi mimik muka (terharu, marah, kecewa, gembira), kertas sebak (carta pengelasan) dan lembaran kerja.

Langkah berjaga-jaga:
Elakkan amalan yang tidak bermoral yang terdapat dalam petikan cerita kanak-kanak luar “Helah Si Monyet”.

Pengetahuan sedia ada:
Murid telah mempelajari kisah salah sebuah cerita kanak-kanak luar negara.



Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Permulaan/
Mencungkil idea
(5 minit)

Cantuman kad-kad gambar
“Monyet”

Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan untuk mencantum kad-kad cantuman.

Guru meminta setiap kumpulan  menyusun atur kad cantuman tadi supaya membentuk satu gambar.

Guru mengaitkan gambar tadi dengan isi pelajaran hari ini


Murid-murid tadi menunjukkan kad cantuman gambar tadi di depan kelas.

Murid lain cuba menyusun kedudukan kad gambar tadi supaya membentuk satu gambar.

Strategi/
Teknik:
Menyusun atur mengikut urutan

Menstruktur/ Menstruktur semula
(30 minit)

Petikan cerita
 “Helah Si
   Monyet”.

Bacaan mekanis




 
Bersoal jawab













Guru menayangkan slaid petikan cerita “Helah Si Monyet”.

Guru meminta murid membaca dan memahami isi cerita dalam petikan.

Guru mengemukakan beberapa soalan bagi menguji tahap pemahaman murid tentang isi cerita dalam petikan.
Contoh soalan:
i. Apakah perasaan monyet apabila mendapati ekornya terpotong?
ii. Bagaimanakah monyet mendapatkan kuih daripada nenek tua itu?
iii. Apakah pengajaran yang kamu perolehi daripada cerita ini?

Murid memerhati slaid petikan yang ditayangkan.
Murid membaca petikan secara senyap dan nyaring.


Murid akan menjawab soalan yang dikemukakan menggunakan ayat sendiri dan bertatasusila.












Sumber pengajaran: slaid PP

Strategi/
Teknik:
Aktiviti pembelajaran masteri

Strategi:
Aktiviti secara kelas menggunakan teknik penyoalan.












Aplikasi Idea
(20 minit)

Simulasi
“Mimik muka”:-
i. terharu
ii. marah
iii. kecewa
iv. gembira






Pengelasan ayat yang memberi kesan dan alasan berdasarkan petikan cerita yang dibaca.
























Pengujian
Latihan


Guru meminta setiap kumpulan menghantar seorang wakil dan mengambil satu kad simulasi.

Guru meminta murid lain meneka simulasi mimik muka tadi

Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan untuk membuat pengelasan ayat yang memberi kesan dan alasan.




Guru meminta setiap wakil kumpulan tampil ke hadapan dan menulis hasil perbincangan tadi dalam kertas sebak yang ditampal di papan tulis.

Guru dan murid bersama-sama bagi jawapan yang betul.

Kumpulan yang Berjaya memberi jawapan yang betul diberi ganjaran.


Guru mengedarkan lembaran kerja untuk mengukuhkan lagi tahap pemahaman murid.

Murid lain cuba meneka simulasi mimik muka rakan mereka.







Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti ayat yang memberi kesan kepada mereka serta alasannya.

Murid menulis hasil perbincangan tentang aktiviti tadi pada kertas sebak di papan tulis.

Murid menyalin jawapan hasil perbincangan guru dan murid.


Kumpulan murid yang berjaya akan diberi pengiktirafan berpasukan.

Murid menyiapkan latihan dalam kumpulan dan dihantar secara individu.

BBM:
Kad-kad simulasi

Strategi:
Penyoalan keseluruhan kelas




Strategi:
Perbincangan secara kumpulan

BBM:
Kertas sebak


Sikap saintifik dan nilai murni:
Penglibatan aktif
Menghargai masa










Refleksi/
Penutup
(5 min)
Rumusan


Pengajaran:
“Kita perlu bersikap baik hati supaya dihormati orang.  Kita juga hendaklah berhati-hati ketika membuat keputusan supaya tidak mendatangkan kerugian seperti nenek tua yang telah ditipu oleh Si Monyet.”
Guru membimbing murid merumus isi pelajaran pada hari ini.


Murid membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal dengan bimbingn guru..

Strategi:
Secara perbincangan kelas



AKTIVITI PEMBELAJARAN
Set Induksi
Aktiviti berkumpulan (4 kumpulan) : Cantuman kad-kad gambar "Monyet".















Menstruktur Idea
 i. Petikan cerita "Helah Si Monyet"
ii. Bacaan mekanis petikan cerita "Helah Si Monyet"
iii. Bersoal jawab berdasarkan petikan cerita "Helah Si Monyet"

“Helah Si Monyet”

     Pada suatu hari, monyet mengerang kesakitan kerana ekornya terkena duri.  Monyet tidak berupaya untuk membuang duri itu.  Maka, monyet pun pergi bertemu dengan seorang tukang gunting.  “Wahai tukang gunting, tolonglah buangkan duri yang terlekat pada ekor aku ini.  Aku akan berikan upah yang mahal kepadamu,” rayu Si Monyet.  Tukang gunting berasa kasihan lalu mencungkil keluar duri itu dengan pisau cukurnya.  Namun, sebahagian ekor monyet telah terpotong.  Si Monyet meraung kesakitan dan berasa sangat marah.  “Hei, tukang gunting!  Segera cantumkan ekor aku ini! Kalau tidak, kamu perlu memberikan pisau cukurmu kepada aku sebagai ganti rugi.
     Tukang gunting tidak berupaya menyambung ekor Si Monyet.  Dia terpaksa menyerahkan pisau cukurnya kepada Si Monyet.  Si Monyet pun berjalan pulang dengan hati yang girang.  Dalam perjalanannya, Si Monyet bertembung dengan seorang perempuan tua sedang mencari kayu api.  Monyet pun menegurnya.
     “Nenek, gunakalah pisau aku ini untuk memotong kayu,” kata Si Monyet.  Perempuan tua itu menerima pelawaan Si Monyet.  Malangnya pisau itu patah semasa memotong kayu.
     “Nenek, kalau nenek tidak menggantikan pisau aku itu, terpaksalah nenek menyerahkan semua kayu api nenek kepada aku! Bentak Si Monyet.  Perempuan tua itu tidak berupaya hendak menggantikan pisau yang patah itu dengan pisau yang baharu.  Dia terpaksa menyerahkan semua kayu apinya kepada Si Monyet.
     Si Monyet pun dengan megahnya berlalu dari situ dengan seberkas kayu api.  Sejurus kemudian, Si Monyet bertembung dengan seorang perempuan tua itu sedang membuat kuih di tepi tungku.  Si Monyet bertembung dengan seorang perempuan yang lebih tua.  Perempuan itu sedang membuat kuih di tepi tungku.
     “Nenek, nampaknya kayu api nenek sudah habis, sedangkan banyak lagi kuih yang belum masak.  Lebih baiknenek gunakan kayu api aku ini,” kata Si Monyet.  Setelah semua semua kuih perempuan tua itu siap masak, monyet mendapati kayu apinya habis digunakan.  Tiba-tiba Si Monyet berteriak dengan kuat.       “Hei nenek, nenek sudah menghabiskan kesemua kayu api aku!  Perempuan tua itu tidak berdaya hendak menetang kehendak Si Monyet.  Dia terpaksa menyerahkan kesemua kuihnya kepada Si Monyet.
     Dengan perasaan sombong dan gembira, Si Monyet berjalan pulang ke rumahnya.  Si Monyet tidak sedar bahawa bau enak kuih itu menarik minat beberapa ekor anjing.  Si Monyet lalu diterpa oleh anjing-anjing itu.  Si Monyet melompat ke atas pokok.  Kuihnya tertinggal di atas tanah.  Dari atas pokok, dengan mata yang terkebil-kebil, Si Monyet memerhati beberapa ekor anjing sedang asyik menikmati kuih itu.  Si Monyet mengeluh panjang apabila anjing-anjing yang kekanyangan itu meninggalkan tempat itu sambil mengodek-ngodek ekor masing-masing.
 
Aplikasi Idea
 i.   Simulasi berdasarkan kad-kad mimik muka.
 

gembira



sedih



 
marah



kecewa


ii.   Pengelasan ayat yang memberi kesan dan alasan berdasarkan petikan cerita yang 
      dibaca.
 
    Carta pengelasan ayat yang memberi kesan dan alas an berdasarkan petikan


 AYAT
KESAN
ALASAN

terharu


marah


kecewa


gembira


iii.  Pengujian (Latihan)

 Arahan:
Jawab soalan-soalan yang dikemukakan di bawah ini.

i. Apakah perasaan monyet apabila mendapati ekornya terpotong?
   _________________________________________________________________________
   _________________________________________________________________________

ii. Bagaimanakah monyet mendapatkan kuih daripada nenek tua itu?
    _________________________________________________________________________
    _________________________________________________________________________

iii. Apakah pengajaran yang kamu perolehi daripada cerita ini?
    _________________________________________________________________________
    _________________________________________________________________________

iv. Lengkapkan carta pengelasan ayat yang memberi kesan berikut berdasarkan 
    perbincangan dalam kumpulan tadi.


AYAT
KESAN
ALASAN

terharu


marah


kecewa


gembira


                                                                  Penutup                                                                 
Rumusan

REFLEKSI 4.0

4.1       Kekuatan

     Pada keseluruhannya, pencapaian objektif pada hari ini sekurang-kurangnya 77.3 peratus iaitu 17 daripada 22 orang murid dapat mencapai objektif yang telah dirancang dengan agak memuaskan.  Kekuatan yang dapat saya kenal pasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran hari ini ialah kelantangan suara ketika memberi arahan dalam isi pelajaran.  Kelantangan suara saya memudahkan murid dapat mendengar arahan dengan jelas.

        Aktiviti mencantum kad-kad gambar dapat menarik minat murid untuk mengikuti aktiviti pembelajaran yang seterusnya.  Penglibatan murid dalam aktiviti kumpulan juga aktif.  Kawalan kelas pada hari ini juga terkawal dan tidak ada gangguan-gangguan dari luar.  Sehubungan itu, tindakan saya membentuk kumpulan yang terdiri daripada pelbagai tahap kecerdasan murid banyak membantu saya.  Murid-murid yang berpotensi akan membantu murid-murid yang lemah dalam setiap aktiviti pembelajaran yang telah dirancang.
             
       Saya berpuas hati dengan pengurusan masa bagi proses pembelajaran hari ini.  Segala aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan dalam satu jam walaupun tempoh masa bagi setiap aktiviti pembelajaran tidak mengikut perancangan sebenar.  Saya juga berpeluang memantau aktiviti pembelajaran murid terutamanya aktiviti berkumpulan.  Murid juga berpeluang berbincang dan bertukar-tukar pandangan melalui aktiviti berkumpulan pada hari ini.


4.2       Kelemahan

        Memang saya akui terdapat kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.  Kelemahan yang ketara ialah dari aspek penyediaan lembaran kerja untuk penilaian murid.  Lembaran kerja untuk latihan pengayaan bagi murid yang cerdas kurang dan mungkin terlalu senang sehingga mereka dapat menyiapkan setiap latihan yang diedarkan dengan cepat.  Keadaan ini menyebabkan ada beberapa orang murid yang cerdas duduk di tempat masing-masing sementara menunggu rakan lain menyiapkan latihan yang diberikan.

4.3       Cara Mengatasi

         Bagi mengatasi kelemahan ini daripada berulang, saya perlu lebih memperbanyakkan lagi latihan bagi murid yang cerdas bagi mengelakkan mereka berasa bosan menunggu rakan lain menyiapkan latihan yang diberikan.  Saya juga akan menggunakan buku kerja tambahan dan diberikan kepada murid yang telah menyiapkan kerja yang diedarkan di dalm kelas tadi.  Tindakan saya ini bertujuan untuk memastikan keadaan kelas sentiasa terkawal dan tidak bising.


**********************************************************************



Rancangan Pengajaran Harian 5

Dunia Seni Visual Tahun Satu
(KSSR)


Mata Pelajaran
Kelas
:
:
Dunia Seni Visual
1
            Masa
:
 60 minit
Bidang
:
Menggambar
(Gosokan)
            Tema dan Tajuk
:
Objek Buatan manusia
- Replika Bunga

Standard Pembelajaran
:
1.1  Persepsi
  Estetik
1.1.1 Unsur Seni
         1.1.1.1
         1.1.1.2
         1.1.1.3
         1.1.1.4
      
1.1.2 Prinsip            
         Rekaan
         1.1.2.1
         1.1.2.2
      
1.2    Aplikasi Seni
1.2.1        Media
            1.2.1.1   Alat
1.2.1.2    Bahan

1.2.2   Proses dan Teknik
1.2.2.1  Teknik Gosokan
 1.3 Ekspresi
Kreatif
       1.3.1
       1.3.2
       1.3.3

1.4  Apresiasi Seni
        1.4.1
        1.4.2

Objektif  Pembelajaran

:
Pada akhir pembelajaran murid dapat: (Rujuk standard kandungan mengikut tajuk)
1.    Memahami dan menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam teknik gosokan
2.    Menghasilkan gambar yang  menarik menggunakan media dan teknik gosokan  yang betul.
3.    Membuat apresiasi berpandukan bahasa seni visual yang telah dipelajari.
Aktiviti P&P
:
1.    Guru menunjukkan contoh dan bersoal jawab tentang hasil karya bidang menggambar teknik gosokan. (EK1)
2.    Guru menunjuk cara menghasilkan gambar menggunakan teknik gosokan. (EK2)
3.    Murid menghasilkan gambar menggunakan teknik gosokan. (EK2 dan EK4)
4.    Murid mempamer dan menceritakan karya seni yang dihasilkan. (EK3 dan EK5)
EMK
:
Kreativiti, Keusahawanan, (EK1 - EK 5)   dan Nilai murni
Bahan Bantu Belajar
:
1.     Contoh : hasil-hasil karya teknik gosokan
2.     Media   : oil pastel, pensel warna pensel 2B, kertas lukisan
Penilaian P&P
:
1.     Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat bidang menggambar teknik gosokan  berdasarkan empat Standard Kandungan.
Refleksi
:
Pada akhir pembelajaran:


AKTIVITI PEMBELAJARAN
                                                               Set Induksi                                                                  
i.   Contoh-contoh hasil karya seni yang menggunakan teknik gosokan.

Contoh 1

Contoh 2

Contoh 3
 
                                                          Menstruktur Idea                                                           

i.   Guru menunjukkan cara penghasilan karya seni yang menggunakan teknik gosokan.

Bahan-bahan yang diperlukan
Langkah 1 : Melakar lukisan gambar pokok bunga

Langkah 2

Langkah 3
Langkah 4


ii.  Murid mengahsilkan karya seni menggunakan teknik gosokan sendiri dengan bimbingan
    guru.

                                                                 Penutup                                                                  

i.   Murid menceritakan tentang hasil karya masing-masing.

ii.  Rumusan

REFLEKSI 5.0


5.1     Kekuatan

          Pencapaian objektif pada hari ini amat memuaskan iaitu sekurang-kurangnya 91.7  peratus ataupun  22 daripada 24 orang murid dapat mengaplikasikan kemahiran yang diajar.  Mereka dapat menghasilkan karya lukisan menggunakan teknik gosokan.  Penglibatan murid hari ini juga amat memberangsangkan dan sentiasa bersaing secara sihat dalam menghasilkan karya masing-masing.

          Kelantangan suara guru amat membantu pencapaian objektif pada hari ini.  Murid dapat mendengar arahan yang diberikan dengan jelas.  Tindakan guru menunjukkan contoh-contoh hasil karya yang menggunakan teknik gosokan memudahkan pemahaman konsep.  Tambahan pula, tunjuk cara penghasilan saya juga amat membantu penghasilan  karya murid secara aktif.

5.2     Kelemahan

          Penglibatan murid yang sangat aktif pada hari ini menyebabkan suasana kelas agak bising sedikit kerana aktiviti yang dilakukan pada hari ini melibatkan objek-objek yang berjalur di persekitaran bilik kelas mereka.  Keadaan ini menyebabkan saya agak sukar mengawal keadaan kelas.
 
5.3     Cara Mengatasi

      Bagi mengelakkan situasi ini berulang lagi pada masa akan datang, saya akan memastikan anak murid saya sentiasa dipantau.  Murid diingatkan supaya melakukan aktiviti pembelajaran dalam keadaan yang terkawal supaya tidak menggangu proses pengajaran dan pembelajaran guru lain.








































Tiada ulasan:

Catat Ulasan