Jumaat, 18 November 2011

LAMAN UTAMA


"SELAMAT DATANG & SALAM 1 MALAYSIA"





Salam 1 Malaysia kepada semua pelawat blog “SEINDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH”.  Blog ini dibina untuk subjek KRT 3013 bagi Program PPG di bawah naungan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Ambilan Mac 2010/2011 dan Dr.Norhisham Mohamamad Nordin merupakan pensyarah E-Learning kami.  Sesungguhnya ini adalah merupakan pengalaman pertama saya membina blog sendiri dan diakui banyak memberi cabaran.  Walau bagaimanapun, banyak perkara yang saya pelajari sepanjang proses pembinaan blog ini.  Bagi pengetahuan semua pelawat blog ini, segala dokumen yang terdapat dalam blog ini banyak berkisar tentang bahan bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Dunia Seni Visual Tahun 1 (KSSR). Masih banyak perkara yang perlu saya pelajari bagi menjamin kualiti blog ini. Segala pendapat dan pandangan rakan-rakan berkenaan pembinaan blog saya ini amatlah dihargai.

"PENGENALAN UMUM TENTANG BAHASA"

Tahukah anda ?

Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya.

Ayat terbina dariapada satu atau beberapa patah perkataan yang bermakna.

Frasa ialah binaan satu perkataan atau beberapa perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit yang besar.

Perkataan ialah gabungan huruf yang membentuk bunyi bunyi dan makna tertentu.

Bahasa Melayu terbentuk daripada dua komponen yang utama iaitu morfologi dan sintaksis.

Morfologi ialah pembentukan golongan kata manakala Sintaksis ialah pembentukan ayat.

Tatabahasa pula ialah hukum atau peraturan berbahasa yang bersistem.




"BAHASA DIJUNJUNG, BUDI DISANJUNG"


"BAHASA JIWA BANGSA"





Mari Kita Bernyanyi Bersama-sama!



Renungkanlah!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan